INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Chalet Terapung PPK Merbok



Chalet Terapung PPK Merbok merupakan lokasi pelancongan yang sangat terkenal di kalangan kaki pancing. Ia terletak di tengah sungai dimana pengujung boleh memancing dari malam hingga ke pagi. Terdapat chalet yang disediakan untuk pengunjung seperti chalet VIP,chalet keluarga atau chalet bajet seperti asrama.

Jeti Sungai Semeling



Jeti Sungai Semeling terletak di Sungai Merbok. Jeti ini sangat menarik kerana landskapcantik yang dibina,pokok-pokok buluh yang menghiasi taman serta kawasan yang bersih. Di sini juga terdapat restoran yang menyediakan pelbagai masakan panas yang menjadi tarikan pengunjung untuk makan malam bersama keluarga di tepi sungai. Pengunjung boleh melihat permandangan matahari terbenam di kelilingi hutan bakau dikiri kanan.Pengunjung juga boleh menggunakan pakej river cruise yang ditawarkan di sini untuk menyusuri Sungai Bakau dan melihat pemandangan tepi sungai yang ditumbuhi pokok nipah dan hutan bakau.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang



Muzium Arkeologi Lembah Bujang menyimpan pelbagai khazanah yang ditemui di Lembah Bujang. Terdapat ribuan koleksi dipamerkan di buah galeri yang di bina dengan teknik-teknik pameran berinformatif. Selain itu,pengunjung juga boleh melawat tapak senibina silam yang ditemui dan dipelihara. Kawasan Lembah Bujang merupakan kawasan arkeologi yang terkaya di Malaysia.

Air Terjun Tupah



Air Terjun Tupah terletak di kaki Gunung Jerai di kawasan Merbok.Lokasinya tidak berapa jauh dari Jeti Semeling.Taman rekreasi ini terkenal sebagai tempat mandi-manda,berkelah dan kawasan riadah.

Tempat Makan Yang Menarik

Homestay

Kemudahan Awam
Balai Polis Merbok
Klinik Kesihatan Desa Bujang
Klinik 1 Malaysia Lembah Bujang
Pejabat Pos
Pendidikan
Universiti Teknologi Mara Merbok
Maktab Rendah Sains Mara Merbok
SK Sultan Muzzaffar Shah
SMK Merbok
Kisah Kejayaan
Keusahawanan